Razzi Armansur

Sudah siap menulis? Bagaimana menerbitkannya?

Anda mempunyai manuskrip? Adakah anda yakin manuskrip anda itu boleh dijadikan buku dan diterima masyarakat? Yakin? Pasti bahawa manuskrip anda itu tidak merapu dan merosakkan nama sendiri? Jika begitu ada berita gembira untuk anda sekarang!

(photo)
Buku penting karya Nazrul Samsuddin yang sememangnya berpengalaman dalam bidangnya. Kesemua pengalaman beliau dicurahkan satu per satu dengan tepat dan terperinci di dalam buku ini.

Adakah anda memang mahir dalam bidang anda dan perlu membukukan buku anda dan kemudian menjualnya sebanyak mungkin agar ilmu anda tersebar luas? Benarkah anda benar-benar pasti dengan kemahiran anda? Sekali lagi jangan merapu. Orang yang mahir dan layak bercakap tentang pemasaran pasti tahu membezakan antara pemasaran dan penjualan. Jangan terlalu bangga menyebut ‘marketing’ sedangkan apa yang dilakukan ialah ‘selling’. Itulah pentingnya memastikan bahawa benar-benar mahir dalam bidang, barulah ia boleh dijadikan buku dan diedarkan. Barulah pasti ia bukan buku yang merosak. Kalau seminar tersebut berasaskan buku tersebut, sudah tentu ia bukan ceramah dan seminar yang merosak!

Bagaimana hendak menerbitkan buku tersebut? Anda telah berbulan-bulan bahkan mungkin bertahun-tahun menulisnya. Sekarang buku anda dalam bentuk Word. Dengan diiringi keyakinan padu, manuskrip tersebut akan menjadi buku. Bagaimana?

Ada 3 cara:

  1. Menghantar kepada penerbit dan sabar menunggu keputusan
  2. Membiayai penerbitan sendiri
  3. Menerbitkan buku sendiri.

Membiayai penerbitan sendiri adalah cara yang kekal popular di Barat. Anda bersedia dengan wang anda. Anda tak tahu apa-apa, akhirnya manuskrip buku anda berubah menjadi buku dan diedarkan dengan meluas. Ada syarikat yang mengambil alih tugas anda dari editing, typesetting, rekabentuk kulit, mencetak, mengedarkannya, mendapatkan penyata pengedaran dari pengedar dan mengutip hasil penjualan buku. Anda hanya menyediakan wang sahaja kerana setiap peringkat yang disebutkan tadi dikenakan bayaran. Tapi jangan bimbang, wang (modal) tersebut akan anda peroleh semula bersama untung jika buku anda terjual.

Cara ketiga adalah menerbitkan buku sendiri. Masih memerlukan modal tetapi semua peringkat yang disebut tadi anda lakukan sendiri. Dari editing hinggalah menghantar ke pencetak, hingga mengedarkannya, anda lakukan sendiri. Bagaimana jika anda tidak tahu caranya?

Sangat mudah! Beli saja buku BUAT DUIT DENGAN TERBIT BUKU SENDIRI, karya Nazrul Samsudin. Karya ini adalah berdasarkan pengalaman 8 tahun Nazrul menerajui PTS Profesional. Buku ini penuh dengan fakta. Selesai sahaja anda membaca buku fakta ini, tidak ada sebab yang menyebabkan anda tidak boleh menerbitkan buku ini sendiri. Semuanya diajar dengan lengkap di dalam buku ini dari A hingga Z. Bukan motivasi sebaliknya fakta untuk menerbitkan buku dengan jayanya, selangkah demi selangkah. Anda diberitahu dengan tepat bagaimana menukar tulisan dalam bentuk Word hingga menjadi buku yang akan terpamer di kedai-kedai buku seluruh Malaysia! Tip, panduan, rahsia, teknik semuanya tersedia di dalam buku ini.

Buku ini hanya RM35 sahaja. Sangat murah berbanding ilmu di dalam buku penting ini. Rasanya inilah buku pertama di Malaysia yang memberi tunjuk ajar dengan tepat cara menerbitkan buku sendiri.

Buku ini boleh diperoleh dengan mudah di kedai buku berhampiran anda. Jika di kedai buku sudah kehabisan, anda boleh memesan terus dari penerbitnya. Buku ini begitu laris, jadi, bersegeralah mendapatkannya, sekarang!

Jadi, mana satu yang anda kehendaki sekarang? Hendak menerbitkan buku sendiri? Dapatkan buku penting tersebut. Hendak membiayai penerbitan sendiri? Atau kedua-duanya sekali? Hubungi:

MNS INFOBIZ CONSULTANCY
No. 10, Jalan Pelangi 5
Taman Pelangi
48000 Rawang
Tel/Faks: 03 6091 5352
SMS: 013 362 2321
E-Mel: [email protected]

Laman Web buku ini:
www.terbitsendiri.com

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.